NADI X MAHIR – KELAS MAHIR MASAK MINGGU – 3 (SESI 1)

27 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2026, hari Isnin, seorang peserta daripada komuniti setempat telah menghadiri Kelas Mahir Masak Intake 4: Minggu 3 yang berlangsung di NADI Bengoh dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Sesi pembelajaran pada minggu ini memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai jenis minuman jus dan teh sebagai asas dalam menghasilkan minuman yang menyegarkan serta berkualiti.

Di awal sesi, tenaga pengajar turut berkongsi resepi bagi kelas minggu hadapan yang akan memfokuskan kepada pembuatan English Muffin, Vanilla Muffin dan Chocolate Muffin. Perkongsian awal ini bertujuan untuk membantu peserta membuat persediaan sebelum menghadiri kelas seterusnya.

Sepanjang kelas, peserta didedahkan kepada teknik penyediaan minuman yang betul, termasuk pemilihan bahan, sukatan yang sesuai, kaedah penyediaan serta aspek kebersihan dan keselamatan ketika mengendalikan makanan dan minuman. Peserta juga berpeluang meningkatkan pengetahuan mengenai cara menghasilkan minuman yang bukan sahaja enak, malah mempunyai persembahan yang menarik.

NADI Bengoh berharap program ini dapat diteruskan sebagai medium pembelajaran yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran kulinari komuniti setempat. Inisiatif ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai individu yang berkeyakinan untuk mengembangkan bakat serta meneroka peluang dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali